Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain . Foto WAN NABIL NASIR, 11 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan akaun keldai bernilai RM32 juta yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan polis telah mengesan pelbagai aktiviti judi online iaitu Winbox, 99 dan 88 dan siasatan dijalankan untuk mengenalpasti dalang kegiatan tersebut.

“Polis sentiasa komited dalam membanteras judi online yang bertapak di dalam negara ini,” katanya, hari ini.

Semalam, Razarudin dalam sidang media berkata,  polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dalam serbuan di  sekitar Lembah Klang pada 13 hingga 21 Mei lalu.

Katanya, hasil serbuan berkenaan, 10 rakyat tempatan termasuk dalangnya berusia 43 tahun ditahan selain aset dan wang tunai berjumlah RM51.2 juta dirampas oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Razarudin, siasatan mendapati akaun keldai bukan sahaja digunakan dalam judi online tetapi juga digunakan bagi kegiatan penipuan pelaburan. – MalaysiaGazettde