AMPANG – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) digesa menangguhkan kenaikan cukai taksiran terlebih dahulu terutama dalam keadaan rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warga Prihatin Ampang Jaya, Nor Kamarul Baharom berkata, pihak MPAJ perlu melakukan kajian dan penjelasan terperinci agar kenaikan cukai itu tidak membebankan rakyat.
“Kia faham pihak berkuasa tempatan (PBT) berhak menilaikan semula cukai itu selepas lima tahun, tetapi mereka telah mengekalkan kadar ini lebih 10 tahun. Namun kita berharap kenaikan yang dikenakan itu biarlah berpada.
“Kami merasakan penilaian yang dibuat itu melebihi daripada 25 peratus daripada kadar asal. Mengikut taksiran sebelum ini, ada yang bernilai RM4,000 setahun dah meningkat kepada RM9,000 setahun.
“Malah ada yang meningkat dari RM5,000 setahun kepada RM8,900 memang meningkat iaitu dua kali ganda. Kalau berdasarkan nilai rumah, ada rumah yang tidak melakukan renovasi dinilaikan dengan kadar yang terlalu tinggi. Jadi ini sesuatu yang merisaukan,” katanya pada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran kepada wakil MPAJ, di sini hari ini.
Lebih 50 wakil penduduk sekitar Ampang Jaya yang haantaranya Taman Nirwana, Taman Cempaka, Lembah Jaya hadir pada penyerahan memorandum itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai, Yew Jia Haur bersama wakil penduduknya juga hadir bagi menyerahkan lebih 1,000 bantahan kenaikan cukai taksiran itu di sini.
Tambah Nor Kamarul, sekiranya pihak MPAJ berkeras untuk melaksanakan kenaikan cukai taksiran itu, ia akan membebankan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan pemilik dan penghuni premis di Ampang Jaya.
“Ramai penduduk yang tinggal di kawasan Ampang Jaya ini adalah golongan dari generasi pertama iaitu kategori warga emas yang hanya mengharapkan ihsan daripada anak-anak.
“Apabila cukai tinggi dikenakan, ia akan menambah bebanan pada anak-anak mereka. Kalau tidak mampu bayar, tunggakan jadi lebih tinggi dan keupayaan untuk mereka nak membayar pun lebih sukar,” jelasnya.
Nor Kamarul juga menegaskan, tiada sebarang keperluan untuk MPAJ menaikan cukai taksiran tersebut dalam masa terdekat ditambah dengan mutu perkhidmatan PBT itu tidak memuaskan.
“Sekarang ini kita dapat lihat masalah yang berlaku seperti di kawasan cerun masih belum selesai sepenuhnya, pokok-pokok besar tidak dicantas ditambah sekarang ini banyak masalah pokok tumbang, kita tidak minta tebang pokok pun.
“Malah seperti di Taman Pandan Perdana, banyak warga asing yang menyewa rumah kedai sampaikan mereka menguasai satu baris kedai di taman itu, amat membimbangkan.
“Selain itu, nampak juga lambakan kereta tersadai, anjing liar dan isu perparitan bila hujan lebat air naik sehingga banjir serta sampah pukal yang tidak ambil mengikut jadual. Bagi kami tiada keperluan penambahan pendpatan untuk MPAJ disebabkan semua kerja-kerja ini mereka tidak laksanakan sepenuhnya,” katanya.
Sebelum ini, MPAJ mengumumkan akan melaksanakn kadar ckai taksiran baharu kepada 181,144 premis teridir daripada 85,646 premis di atas tanah dan 95,498 premis strata.
Premis strata yang tidak direnonasikan akan mengalami kenaikan sehngga 25 peratus, sementara premis yang telah direnobasi akan mengalam kenaikan lebih tinggi. – MalaysiaGazette