Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada sidang media Kejohanan Golf Selangor International Junior Golf Championship 2024 dan PKNS Selangor Masters 2024 di Kelab Golf Seri Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 MEI 2024.

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menempelak pihak yang mempertikaikan pemberian kontrak kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dan Badan Bas Coach Sdn Bhd sebagai pengendali Projek Rintis Demand-Responsive Transit (DRT).

Katanya, isu yang dibangkitkan bukan hanya tidak tepat malah sengaja ditimbullkan untuk mengelirukan masyarakat.

Jelas Amirudin, lantikan dibuat berdasarkan pemakluman Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bahawa hanya kedua-dua syarikat itu yang mempunyai kelulusan Proof of Concept (POC) (pembuktian konsep)

“APAD memaklumkan hanya dua syarikat Badan Bas dan Asian Mobility yang diberikan kebenaran  untuk POC. Justeru, kerajaan menjemput kedua-duanya.

“Jadi tidak timbul adakah kita tidak panggil kerana kalau kita buat tender terbuka pun hanya dua syarikat pada ketika itu mempunyai kebenaran untuk membuat POC.

“Kena faham, jangan melulu cakap tender terbuka atau tidak. Daripada awal lagi soalan itu sudah salah dan cuba dikelirukan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan atau menimbulkan isu yang tidak timbul,” katanya ketika ditemui ketika perasmian Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2024 di Kelab Seri Selangor.

Tambah beliau, syarikat-syarikat e-hailing dalam negara yang disebutkan sebelum ini tidak memiliki POC daripada APAD.

“Saya tengok kenyataan yang dibuat seorang Adun yang agak naif, bila dia kata kenapa tidak ambil e-hailing yang lain? Jawapannya adalah syarikat e-hailing yang lain tidak mendapat kebenaran daripada APAD. Ini bukannya syarikat seperti yang menawarkan perkhidmatan bebas ini adalah ada jajarannya yang harus diberikan kebenaran oleh APAD pada ketika itu.

“Dan bila dilontarkan pula “Kenapa tidak ambil Prasarana?” Untuk makluman beliau Prasarana hanya muncul kemudian, selepas dua badan ini mendapat kebenaran dan sebenarnya daripada sebelum itu ada agi satu tapi tidak dapat kebenaran juga. Selepas ini kita juga akan panggil Prasarana dan Kumpul untuk POC setelah dapat kebenaran daripada APAD,” jelasnya.

Sistem DRT dibangunkan bertujuan menggantikan kemudahan Bas Smart Selangor di kawasan berkepadatan tinggi dan laluan sempit bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam utama seperti tren dan bas.

Projek Rintis DRT itu dilaksanakan oleh Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dan dikawal selia oleh Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) selaku syarikat milikan penuh MBI.

Sementara itu, Amirudin menegaskan, kerajaan negeri bersedia mendedahkan perincian penuh pelantikan kedua-dua syarikat berkenaan.

“Kita tidak ada masalah dedahkannya, kita ada jawatankuasa dewan dan kita boleh buka. Mereka boleh minta minit mesyuarat yang turut dihadiri oleh APAD. Kita sangat terbuka. Kita ada kebebasan maklumat beri ruang mereka dapatkan dokumen, tidak ada benda pelik dan sebagainya,” katanya lagi.

Lantikan syarikat pengendali DRT dipertikai apabila didakwa tidak melalui tender terbuka.

Salah satu syarikat yang dilantik iaitu Asia Mobilty mempunyai kaitan dengan Menteri Belia dan Suka , Hannah Yeoh iaitu Ramachandran Muniandy yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tidak mengesan sebarang percanggahan kepentingan dalam pemberian kontrak daripada kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Hannah itu.

Kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata beliau menyerahkan pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan pemberian kontrak berkenaan.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hellooo MB…kalau mcm tu buat je laa tender terbuka..apa susah sangat..tak de lah timbul isu…lembam mcm ni pun boleh jd MB

Comments are closed.