Lebih 200 peserta menghadiri Majlis Pendaftaran Program Jaminan Kerjaya 2024 di YP Advanced Skills di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 3,700 peserta yang dilahirkan menerusi Program Jaminan Kerjaya oleh YP Advanced Skills telah berjaya ditempatkan dalam industri masing-masing dalam dunia pekerjaan.

Pengurus besarnya, Norliza Abd Mubin berkata, angka tersebut diukur sejak penubuhan platform tersebut pada tahun 2018 sehingga kini yang hanya bermula dengan pembabitan 31 peserta pada awalnya.

Norliza Abd Mubin

Saban tahun penyertaan mereka meningkat dan berjaya mendapat peluang pekerjaan serta ada mengembangkan karier dengan memulakan perniagaan sendiri.

”Sejak 2018, YP Advanced Skills telah mengorak langkah ke hadapan dengan menyahut hasrat kerajaan untuk lebih fokus kepada program Train & Place yang menghubungkan antara pelatih dan industri.

”Bermula dengan 31 orang pelatih pada tahun 2018, kini sehingga disember 2023, jumlah alumni di bawah program jaminan kerjaya adalah seramai 4110 orang pelatih.

“KPI (Key Performance Indeks) kami dinilai berapa yang kami dapat latih menyertai industri, setakat ini 3,7000 dalam lapan bidang yang ditawarkan selama dua hingga tiga bulan di mana peserta akan mendapat sijil kompetensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus perasmian Majlis Pendaftaran Program Jaminan Kerjaya 2024 di YP Advance Skills di sini hari ini.

Pada program berkenaan, lebih 200 golongan belia mengambil peluang menyertai tawasan kursus dan latihan kemahiran mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.

Menurutnya, selepas peserta menyertai latihan, pihaknya akan mengatur peluang pekerjaan mengikut karier bersesuaian dan kelayakan selepas tempoh dua bulan menunggu.

Tambah Norliza, YP Advanced Skills akan memastikan semua pelatih ini mendapat pekerjaan dalam bidang yang diceburi.

Mengulas lanjut, pada tahun ini, katanya, kursus kemahiran live hosting telah ditawarkan bagi menampung permintaan dan kebolehpasaran sesuai dengan perkembangan teknologi digital semasa.

”Kita tengok kepada minat budak-budak sekarang, kursus sekarang live hosting sesuai mereka yang minat berniaga dan memasarkan produk atau aktiviti yang boleh menjana pendapatan,” katanya.

Antaranya bidang yang titawarkan ialah Hospitality Services In Offshore & Oil And Gas, Maritime Catering And Services  Barbering Course And Training, Twi Technology, Perantis Teknologi Kimpalan, Harvesting Specialist (Carter) ,Live Hosting dan Fiber Optic.

Tambah Norliza, sehingga kini, lebih 100 majikan bekerjasama bersama pihaknya dalam memastikan golongan belia ini dapat menceburi pelbagai bidang pekerjaan.

Justeru golongan belia dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga digalakkan menyertai kursus yang ditawarkan kerana bukan sahaja percuma malah elaun sebanyak RM300 serta penempatan juga ditanggung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast