KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di
di Jalan Tanah Merah – Pasir Mas, Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan malam selamam.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.53 malam mengerahkan lapan anggota dan jentera Fire Rescue Tender (FRT) daripada Balam Bomba dan penyelamat (BBP) Tanah Merah yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) IIA, Kamalhakim Abdul Rahman ke lokasi kejadian.
Kamalhakim berkata, dalam kejadian itu, seorang wanita yang menaiki kereta Honda City telah meninggal dunia mana manakala tiga lagi mangsa yang menaiki kereta Perodua Bezza mengalami kecederaan parah, iaitu seorang wanita, seorang lelaki dan bayi.
“Empat lagi mangsa yang menaiki Honda HRV mengalami kecederaan ringan,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Menurut Kamalhakim, mangsa yang cedera parah dan cedera ringan dihantar ke hospital Tanah Merah dengan menaiki ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tambah beliau, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan perasi tamat pada jam 10:13 malam. – MalaysiaGazette