Sindiket seludup PATI Rohingya tidak berdokumen guna kad UNHCR palsu dari Kota Bharu ke KL ditumpaskan dalam operasi khas di Kelantan pada Sabtu lalu.- Gambar ihsan JIM Putrajaya.

PUTRAJAYA – Satu sindiket etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu yang beroperasi selama setahun akhirnya tumpas.

Enam suspek terdiri termasuk transporter terdiri daripada etnik Rohingya diberkas Jabatan Imigresen Malaysia pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, keenam-enam suspek ditahan dalam satu operasi khas pihaknya sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Operasi itu dijalankan bermula 7.57 pagi melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Negeri
Kelantan.

“Berdasarkan aduan awam dan hasil risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan telah diatur gerak dan bertembung dengan sebuah kenderaan Proton Wira yang dipandu oleh suspek secara mencurigakan.

Sindiket seludup PATI Rohingya tidak berdokumen guna kad UNHCR Palsu dari KOta Bharu ke KL ditumpaskan dalam operasi khas di Kelantann Sabtu lalu.Ihsan JIM Putrajaya

“Suspek kemudiannya memecut kenderaan setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas dan ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu.

“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menahan dua orang lelaki etnik Rohingya yang disyaki sebagai transporter dan ‘pembantu’ bersama dua orang lelaki etnik Rohingya yang disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Ruslin, hasil siasatan awal pasukan operasi telah memeriksa premis kediaman di sekitar Kota Bharu sebelum membawa kepada penahanan dua orang lelaki etnik Rohingya yang juga disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur.

Ia sekaligus jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai enam orang etnik Rohingya.

Kesemua enam suspek Rohingya yang ditahan itu adalah berusia lingkungan 24 hingga 35 tahun.

Hasil semakan awal mendapati, empat orang lelaki etnik Rohingya memiliki kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) manakala dua lagi lelaki etnik Rohingya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

Enam etnik Rohingya ditahan selepas sindiket terlibat penyeludupan PATI Rohingya dari Kelantan Ke KL ditumpaskan dalam Operasi KHas JIM di Kelantan 1 Jun lalu. -Ihsan JIM Putrajaya

“Pasukan operasi telah merampas dua keping dokumen UNHCR yang disyaki palsu, wang tunai sebanyak RM2,000 dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai digunakan sindiket untuk mengangkut PATI.

“Siasatan lanjut kami mendedahkan modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan menyeludup masuk PATI etnik Rohingya ke negara ini melalui laluan haram di sempadan dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres dengan diiringi oleh seorang lelaki etnik Rohingya yang datang dari ibu kota.

“PATI etnik Rohingya yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR yang disyaki palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan sindiket itu mengenakan caj RM500 setiap orang untuk penghantaran ke Kuala Lumpur dan RM100 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Kota Bharu,” ujarnya.

Tegasnya lagi, seramai tiga orang lelaki etnik Rohingya ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Manakala tiga orang lelaki etnik Rohingya ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan.

Sindiket seludup PATI Rohingya tidak berdokumen guna kad UNHCR Palsu dari KOta Bharu ke KL ditumpaskan dalam operasi khas di Kelantann Sabtu lalu.Ihsan JIM Putrajaya

“Jabatan ini akan terus komited membanteras sindiket penyeludupan manusia dalam menguatkuasakan undang-undang demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kami tidak akan teragak-agak agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturanperaturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast