Wan Rosdy Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Prosedur pembedahan ke atas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Institut Jantung Negara (IJN) telah selesai dan berjalan lancar.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Mohd Farid Mohd Nor yang memberitahu, Wan Rosdy kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi institut berkenaan bagi pemantauan dalam tempoh 24 jam.

Mohd Farid bagaimanapun, tidak menjelaskan prosedur pembedahan yang dijalankan itu.

“Pihak keluarga Menteri Besar menjunjung kasih ke sisi Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang,” katanya dalam hantaran di Facebook Wan Rosdy hari ini.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob memaklumkan, Wan Rosdy akan dirawat di IJN mulai hari ini.

Menurutnya, tempoh rawatan itu adalah sehingga satu tarikh yang akan ditentukan oleh doktor. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast