Teo Kok Chee.

KUALA LUMPUR – Nombor telefon Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan (Gerakan) Johor, Senator Datuk Teo Kok Chee digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk meminjam wang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hebahan hari ini dengan memberitahu, penggodam cuba meminta wang sebagai pinjaman sebanyak RM5,000.

Kok Chee memohon kepada semua untuk tidak mempercayai sekiranya menerima hantaran daripada beliau atas tujuan itu.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat agar siasatan lanjut dapat dilakukan berhubung perkara tersebut.

Beliau turut meminta agar semua kenalannya tidak melayan sebarang mesej daripada nombornya itu untuk sementara waktu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast