GEORGE TOWN – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi individu cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah jengkaut (backhoe) dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini hari ini.

Mangsa, lelaki berusia 28 tahun disahkan maut di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pukul 4.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Jalan Perak bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi pihak bomba mendapati seorang lelaki tersepit di ruang penumpang belakang kereta.

“Manakala tiga lagi mangsa yang cedera iaitu dua lelaki dan seorang wanita dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Susulan itu, kita mengeluarkan mangsa yang tersepit itu menggunakan peralatan khas sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah PGO, hasil semakan lanjut mendapati kereta Proton Saga itu dalam perjalanan menghala ke arah Jambatan Pulau Pinang manakala backhoe itu pula, berada di laluan bertentangan menuju ke pusat bandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast