Mahkamah Sepang menetapkan 25 Julai depan sebagai tarikh pengurusan dan sebutan kes pengurus syarikat agensi pelancongan yang didakwa cuba membunuh isterinya dan mencederakan pengawal peribadi mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), April lalu.
Prosiding hari ini dibuat di hadapan Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan.