Pemain Harimau Malaya, Nur Shakir menghalang pemain Taiwan, Kouame Ange Samuel pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya berjaya menewaskan Taiwan 3-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Yu Yao-hsing menjaringkan gol tunggal untuk Taiwan mendahului saingan pada minit ke 20.

Reaksi pemain Harimau Malaya selepas berjaya menewaskan pasukan Taiwan 3-1 pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2024.

Safawi Rasid merapatkan jurang dengan jaringan pada minit ke 53, sebelum Paulo Josue pada minit ke 69 dan Adib Ra’op  melengkapkan kemenangan Harimau Malaya pada masa tambahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast