KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk pengusaha katering bagi membantu siasatan kes keracunan makanan hingga menyebabkan dua kematian, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, setakat in polis menerima dua laporan berkaitan kes berkenaan.
Pada masa sama, polis turut mengenal pasti mangsa lain yang mengalami keracunan makanan.
Semalam, Noor Ariffin mengesahkan kematian seorang remaja 17 tahun dan kanak-kanak dua tahun selepas mengambil makanan tersebut pada 8 Jun 2024.
Mereka didakwa mengalami demam, cirit-birit dan muntah-muntah sebelum dilaporkan meninggal dunia selepas makan bihun dan telur goreng yang disediakan oleh sebuah sekolah di Gombak.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata, keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang dikatakan sudah berubah rupa dan rasa.
Makanan itu yang dibekalkan kepada guru dan urusetia program oleh pengendali makanan dari luar.
Seramai 28 individu dilaporkan mendapatkan rawatan pesakit luar dan tiada kes dimasukkan ke wad. – MalaysiaGazette
Remaja, kanak-kanak maut selepas makan mihun, telur goreng dari sebuah sekolah