Empat buah kedai musnah terbakar di Bandar Baru Selayang, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Deretan empat kedai termasuk sebuah kedai menjual ais campur (ABC) di Bandar Baru Selayang musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomda dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.54 malam tadi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dihantar ke lokasi untuk operasi pemadaman kebakaran.

“Operasi terbabit turut dibantu pasukan dari BBP Rawang, Sentul, dan Jinjang dengan pasukan pertama dari BBP Selayang yang tiba pada jam 8.04 malam.

“Setibanya anggota dilokasi mendapati, kebakaran melibatkan deretan kedai bangunan kelas C yang berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap satu unit kedai.

Tambah beliau, anggota masih di lokasi untuk mengawal kebakaran dan memadamkan api sepenuhnya serta kejadian tidak membabitkan mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast