Pempengaruh dan usahawan, Siti Suriani Wahiddin, 25, atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall bergambar bersama suaminya, Aiman Tak Kesah, 21 selepas sidang media mengenai pernikahannya di Satun, Thailand ketika di Hotel Courtyard, Setia Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2024.

SETIA ALAM – Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall sanggup mengalami kerugian RM70,000 hasil miliknya sendiri apabila membatalkan pernikahan di saat akhir pada 31 Mei lalu.

Siti atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin  tidak kesal dengan tindakan kerana percaya dengan takdir Allah apatah lagi baru mengenali lelaki itu selama dua minggu.

Menurut wanita berusia 25 tahun itu, keputusan itu juga terpaksa dibuat dua hari sebelum majlis itu asalkan ada lelaki yang boleh menerima abangnya iaitu seorang Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya memang berkahwin di Thailand dan membatalkan perkahwinan saya dengan lelaki lain pada 31 Mei. Saya rugi hampir RM70,000 untuk persiapan kahwin.

“Saya sudah bayar semua, buat tempahan makanan, tempat menginap dan waktu itu memang tinggal lagi dua hari lagi hendak bernikah.

“Tapi itulah orang kata bukan jodoh dengan lelaki itu dan jodoh saya sangat kuat dengan suami saya sekarang. Kita tidak boleh melawan takdir Allah yang telah ditetapkan ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

Pempengaruh dan usahawan, Siti Suriani Wahiddin, 25, atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall bergambar bersama suaminya, Aiman Tak Kesah, 21 selepas sidang media mengenai pernikahannya di Satun, Thailand ketika di Hotel Courtyard, Setia Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2024.

Mengulas lanjut, Siti turut menjelaskan mengapa memilih untuk bernikah di Thailand bersama suaminya yang juga merupakan pempengaruh dikenali Aiman Tak Kesah yang berusia 21 tahun.

Katanya, ini kerana proses dokumentasi perkahwinan di negara ini kerna lazimnya ia mengambil masa yang lama dan perlu segera ke luar negara atas urusan bisnes.

“Selepas setuju bernikah, saya dan suami terus buat keputusan untuk terbang ke Thailand dan berkahwin di sana. Sebenarnya saya perlu terbang ke Dubai dan kita pun tahu proses untuk berkahwin di Malaysia ambil masa yang agak lama untuk uruskan urusan dokumentasi dan sebagainya.

“Waktu itu memang saya buat keputusan untuk cepatkan urusan kahwin dan yang kedua sebab dibolehkan saja untuk kahwin di luar negara” katanya.

Siti bagaimanapun menasihati orang ramai tidak mengikut langkahnya mendirikan rumah tangga mereka di Thailand sebaliknya berusaha untuk melakukan proses kahwin di dalam negara.

 

Pempengaruh dan usahawan, Siti Suriani Wahiddin, 25, atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall bergambar bersama suaminya, Aiman Tak Kesah, 21 selepas sidang media mengenai pernikahannya di Satun, Thailand ketika di Hotel Courtyard, Setia Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2024.

Pada masa sama, ibu kepada dua orang anak itu juga mengakui sudah menghantar borang pendaftaran pernikahan di sini dan bersedia untuk membayar denda.

Terdahulu, Siti Jamumall, 25, sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.

Malah segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu. Sebelum ini, dia pernah mendedahkan pernah mendapat nafkah RM50 setahun ketika berkahwin dengan bekas suami pertamanya. – MalaysiaGazette