Sultan Ibrahim perkenan terima nombor plat FFF 1 daripada Anthony Loke. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut pentadbir Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, nombor plat kenderaan tersebut menjadi milik Sultan Ibrahim selepas baginda membida dengan nilai tertinggi iaitu sebanyak RM1.75 juta.

“Seri Paduka Baginda berharap nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat,” katanya.

Dalam perkongsian di media sosial tersebut, kelihatan Sultan Ibrahim perkenan menerima plat FFF 1 daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri FFF dilancarkan oleh Anthony pada 11 Mei lalu di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka.

Ia bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-78.

Bidaan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid yang berakhir pada 15 Mei pukul 10 malam dan keputusan penawaran diumumkan pada 16 Mei.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast