Gambar hiasan

LUSAKA – Pihak berkuasa Zambia telah membunuh dua singa sesat yang menyebabkan ketakutan di wilayah barat Zambezi hingga mendorong rancangan untuk menutup sekolah berhampiran.

Kedua-dua singa itu, dikatakan melarikan diri dari Taman Negara Kafue berhampiran, membunuh 16 ekor lembu dalam tempoh dua minggu.

Seorang penduduk memberitahu penyiar ZNBC, penduduk di kawasan tersebut bimbang untuk meninggalkan rumah mereka.

Pihak berkuasa telah mengumumkan rancangan untuk menutup beberapa sekolah di kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Terdapat ancaman murid-murid boleh diserang dalam perjalanan ke sekolah,” kata pesuruhjaya daerah, Simeon Machayi, dipetik sebagai berkata.

Walaupun singa itu hanya menyerang ternakan, pihak berkuasa berkata, haiwan itu juga boleh menimbulkan risiko kepada nyawa manusia.

Akhbar tempatan Lusaka Times melaporkan serangan ke atas kereta lembu yang membawa pesakit ke Hospital Daerah Zambezi pada hari Selasa.

ZNBC menyiarkan bangkai kucing besar, dan orang ramai teruja berkumpul mengelilinginya.

Seorang guru berkata, mereka kini gembira untuk meneruskan kehidupan tanpa rasa takut.

Konflik antara manusia dan hidupan liar adalah perkara biasa di negara ini, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tinggal berhampiran taman dan rizab hidupan liar. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast