PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah dipercayai digunakan untuk kegiatan samun di Sungai Senam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang dalam keadaan mencurigakan selepas menerima maklumat orang awam kira-kira 6.10 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga lelaki dan kenderaan itu menemukan senjata berbahaya dan peralatan polis yang dimiliki secara tidak sah.

“Dengan tertangkapnya kumpulan ini, pihak polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes samun dan menyamar sebagai pegawai polis di daerah Ipoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Abang Zainal Abidin berkata, semakan rekod lampau pula mendapati kesemua lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 37 tahun itu akan ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 89(a) Akta Polis 1967. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast