Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi bergambar bersama Atlet Negeri Selangor yang mendapat insentif kecemerlangan SPM 2023 di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 28 JUN 2024.

SHAH ALAM – Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) yang dilancarkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bermula 26 Jun lalu kini mencatat jumlah sumbangan lebih RM40,000.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi memberitahu, jumlah tersebut direkodkan sehingga petang ini tanpa menetapkan sebarang nilai dan sedia menerima sumbangan serendah RM1.

Artikel berkaitan: Selangor FC mohon Piala Sumbangsih Jumaat ini ditunda – Shahril

Selangor FC akan buat rayuan terhadap keputusan baharu

MFL kurangkan denda Selangor FC kepada RM60,000

Sultan Selangor murka keputusan MFL melampau, kecewa dengan Hamidin

Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola – MB

Sultan Selangor perkenan keputusan Selangor FC, kecewa dengan MFL

MFL tolak permohonan Selangor, Piala Sumbangsih diteruskan

Tidak hadir Piala Sumbangsih, Selangor FC didenda RM100,000

“Sehingga sebentar tadi, jumlah sumbangan yang telah diterima untuk Tabung Solidariti Bersama Selangor FC melebihi RM40,000 tidak sampai 48 jam selepas dua hari lepas dilancarkan pada sebelah malam.

“Untuk makluman, semua dana yang dapat sehingga 2 Julai ini akan serah 100 peratus kepada SFC dan tidak ada caj pentadbiran dikenakan apa yang dapat hasil sumbangan awam itu.

“Kita akan serah Selangor FC dan terserah kepada mereka hendak guna termasuk mendapat keadilan di peringkat paling tinggi seperti di Mahkamah Timbang  Tara Sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Negeri Selangor di Hotel Concorde di sini hari ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi bercakap pada media selepas Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet Negeri Selangor di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 28 JUN 2024.

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 kepada Selangor FC kerana ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

Bagaimanapun semalam, MFL telah mengurangkan hukuman yang dikenakan daripada RM100,000 kepada RM60,000 terhadap Selangor FC sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Manakala bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan. – MalaysiaGazette

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi menyampaikan Insentif Kemenangan Atlet Negeri Selangor Di Kejohanan Dunia kepada Natasha Mohamed Roslan dan Nor Farah Ain Abdullah sebanyak RM10,000 setiap seorang di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 28 JUN 2024.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here