Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar penerangan mengenai Tekun pada program Perasmian Karnival Tekun Madani di Dewan SP Arena Seberang Jaya, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 29 JUN 2024.

SEBERANG JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah air yang dihadapi beberapa negeri.

Jelas beliau, isu bekalan air bukan saja berlaku di Pulau Pinang malah ada beberapa negeri lain turut terpalit masalah sama.

“Masalah air ini bukan saja berlaku di Nibong Tebal (Sungai Bakap).. ada juga di Kedah, Kelantan serta Sabah.

“Namun kita (kerajaan) cuba selesaikan. Dalam pertemuan dengan MB Kelantan (Datuk Nassuruddin Daud ) beliau maklumkan pam (sekarang) tidak cukup tinggi (untuk sedut air) maka saya arahkan beli segera pam (baharu)…Ini bukan soal politik tetapi ini soal rakyat.

“Yang ini (tolong rakyat) kita buat. Saya boleh tanya yang dulu (pemerintahan terdahulu ada buat ke tak) tapi saya tak buat (begitu) walaupun saya boleh tanya..Tapi tak apa masa kita, kita buat,” katanya ketika berucap pada Karnival Tekun Madani di SP Arena di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan masalah air dalam daerah Seberang Perai Selatan khususnya Sungai Bakap dijadikan sentimen bagi pihak lawan meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast