Kerja-kerja pembaikan tebing runtuh sepanjang 30 meter dan tiga meter tinggi di Jalan Benteng Parit Cina, Semabok di sini sejak dua minggu lalu dijangka siap pertengahan bulan ini.

MELAKA – Kerja-kerja pembaikan tebing runtuh di Jalan Benteng Parit Cina, Semabok sejak di sini sejak dua minggu lalu dijangka siap pertengahan bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah pun melakukan proses lantikan kontraktor yang dijangka memulakan kerja-kerja baik pulih minggu ini.

Mohd Noor Helmy

Menurutnya, runtuhan sepanjang 30 meter dan tiga meter tinggi itu adalah kejadian ketiga berlaku selepas dua lokasi lain turut berlaku kejadian serupa hujung Mei lalu.

“Runtuhan di tempat ketiga ini memerlukan sedikit masa untuk kelulusan pembaikan kerana pihak JPS Melaka perlu menjustifikasikan keperluan untuk laporan audit.

“Ini memandangkan ketiga-tiga runtuhan tebing berada dalam jajaran lokasi sama di laluan jalan pintas yang memberi manfaat kepada 1,000 penduduk taman dan kampung sekitar,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Kerja-kerja pembaikan tebing runtuh sepanjang 30 meter dan tiga meter tinggi di Jalan Benteng Parit Cina, Semabok di sini sejak dua minggu lalu dijangka siap pertengahan bulan ini.

Menurutnya, pembaikan tebing pertama dan kedua yang runtuh masing-masing sepanjang 22 meter dan 12 meter yang menelan kos pembaikan RM50,000 juga telah siap.

“JPS telah mengambil tindakan yang sepatutnya mengikut tempoh sewajarnya dan kerja-kerja turapan akan dilakukan sekali apabila ketiga-tiga tebing yang dibaiki ini disahkan stabil,” tambahnya lagi.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di lokasi ketiga mendapati lebih separuh daripada jalan pintas dua hala itu runtuh dan ditutup kepada laluan semua kenderaan berdasarkan papan tanda amaran yang dipasang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here