Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis Pra Pelancaran Pra Tahfiz KEMAS di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 2 JULY 2024.

NIBONG TEBAL – Sebarang pelaksanaan program berkonsepkan Islam yang dilakukan Kerajaan Perpaduan tidak pernah ditentang DAP,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, ini sekali gus membuktikan dakwaan Melayu dan Islam dibawah kerajaan Madani kini terancam tidak benar.

Jelas beliau, selaku parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, DAP termasuk di peringkat negeri menghormati apa jua program yang memanfaatkan umat Islam.

“Ia terbukti dengan pelaksanaan Program Pra Tahfiz yang dilaksanakan KKDW yang ia sama sekali tidak ditentang DAP ketika membentangkan berhubung pelaksanaan program itu.

“Kita harus mengetahui bahawa DAP yang menjadi rakan kita di dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menentang sekalipun terhadap program ini apabila saya bentangkan di dalam perbincangan Jemaah Menteri.

“Malah, mereka sangat berhati-hati terhadap Perkara 153 dalam Perlembagaan iaitu kedudukan agama Islam, hak orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Negeri Pulau Pinang di Perda Tech di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut berharap soal Islam terancam tidak dijadikan isu terutamanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang tinggal dalam beberapa hari lagi.

“Ini kerana) perkara-perkara ini sebenarnya telah mereka (DAP) nyatakan berkali-kali (Islam tidak terancam) dan saya harap perkara ini tidak menjadi isu di dalam kempen yang tinggal beberapa hari di Sungai Bakap,” katanya.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here