Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesan penyebaran tohmahan terhadap seorang ketua pengarah sebuah jabatan penguat kuasa kepada beberapa agensi media serta agensi kerajaan menerusi emel akaun palsu menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Berikutan itu, SPRM menerusi kenyataan malam tadi telah menafikan maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan ketua pesuruhjaya mahupun suruhanjaya terbabit.

Sehubungan itu, SPRM meminta kerjasama orang ramai agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih atau palsu.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here