Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal

PUTRAJAYA – Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful hari ini menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membela diri atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada 2019.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim kemudian membatalkan rayuan Syed Shah Iqmal.

Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.

Difahamkan melalui peguam mewakili pendakwah itu, anak guamnya menarik balik rayuan berkenaan kerana prosiding bela diri telah didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan selesai pada 20 Jun lalu.

Keputusan itu akan diumum pada oleh Hakim Norazlin Othman pada 30 Ogos ini.

Ketika ini pendakwah itu sedang merayu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.

Sebelum ini, mahkamah telah melepas dan membebaskan pemohon daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

Pendakwah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada 11 September 2019.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan memperuntuk  hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast