Polis pasukan Atipsom berjaya menahan sekumpulan PATI Indonesia termasuk suspek sindiket Geng Kripo yang guna rumah kosong untuk simpan dan seludup pati ke indonesia dalam Op Pintas pada Rabu.

KAJANG – Dua anggota kumpulan penyeludupan pendatang tanpa izin (Pati) dikenali Geng Kribo warga Indonesia ditangkap di Hulu Langat, Selangor menerusi serbuan Op Pintas, semalam

Mereka berperanan sebagai penjaga rumah transit di Batu 14, Hulu Langat sebelum menyeludup keluar pati dari negara ini melalui jalan laut selain menjadi transporter atau ejen dalam kegiatan penyeludupan itu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan tersebut membawa kepada menahan 32 Pati, termasuk 14 wanita yang disorok di rumah terbabit.

Jelasnya, empat lelaki migran terbabit merupakan warga Bangladesh manakala selebihnya merupakan warga Indonesia.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati tangkapan turut terdiri daripada seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dan kanak-kanak berumur satu tahun bersama ibunya yang berusia 22 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kegiatan ini dilakukan oleh Geng Kribo dan migran ini perlu membayar kepada ejen wang berjumlah RM1,600 hingga RM2,500 seorang untuk proses penghantaran secara tidak sah itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Polis pasukan Atipsom berjaya menahan sekumpulan PATI Indonesia termasuk suspek sindiket Geng Kripo yang guna rumah kosong untuk simpan dan seludup pati ke indonesia dalam Op Pintas pada Rabu.

Tambah beliau, semua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast