JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merampas steroid anabolik tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai RM2.3 juta selepas melakukan serbuan di lima premis sekitar daerah ini, Khamis lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mokhtar Pungut Ahmad berkata, serbuan menerusi Ops Gym dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNJ itu dilakukan di sebuah stor, sebuah rumah dan tiga pusat gimnasium.
“Operasi ini dijalankan susulan daripada aduan berkaitan wujudnya rangkaian pengendalian gimnasium sebagai pembekal ubal steroid anabolik tidak berdaftar.
“Sebanyak 229 item steroid anabolik tidak
berdaftar dengan KKM dan sebuah telefon bimbit dirampas dengan nilai rampasan dianggarkan RM2,305,565,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, kes tersebut akan disiasat bawah Akta Jualan Dadah 1952, jika sabit kesalahan boleh didenda RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan berikutnya jelas Dr Mohtar, boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, steroid dikategorikan sebagai ubat terkawal dan kerap disalah guna untuk tujuan membina otot badan.
“Penggunaan ubat steroid memerlukan preskripsi doktor bagi tujuan rawatan kerana penyalahgunaannya boleh merosakkan buah pinggang, ketidakseimbangan hormon serta terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya
Pihak KKM menurutnya, sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas premis dan individu menjual produk-produk kesihatan bagi memastikan hanya produk yang berdaftar dijual secara sah dalam pasaran.
Ujarnya lagi, pihak KKM menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan hanya membeli produk kesihatan dan kosmetik yang sah.
“Orang ramai perlu memastikan ubat-ubatan dan produk kesihatan yang dibeli mempunyai kedua-dua nombor pendaftaran produk (MAL) dan pelekat keselamatan hologram Farmatag pada label produk,” katanya.
Mereka katanya, boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik (NOT) dengan melayan https:/quest3plus bpfk.gov.my alau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-7883 5400 atau carian di Aplikasi NPRA Product Status.
“Orang ramai juga boleh menyemak status ketulenan label keselamatan hologram Farma Tag dengan mengimbas label tersebut menggunakan aplikas FarmaChecker. Semua aplikasi boleh dimuat turun secara percuma danpada Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery,” jelasnya.
Tambah Dr Mohtar, sebarang aduan dan maklumat berkenaan produk kesihatan dan kosmetik yang disyaki melanggar undang-undang boleh disalurkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM menerusi https://www.pharmacy.gov.my, nombor talian 03-7841 3200 atau metalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) https://moh.spab.gov.mx atau mana-mana cawangan penguatkuasaan farmasi yang berdekatan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Orang ramai juga katanya, boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) menerusi talian bebas tol 1800-88-6722 bagi sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan. – MalaysiaGazette