Naib Canselor, Profesor Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim ( kiri) ketika pelancaran almari rahmah baru-baru ini.

BATU PAHAT – Bagi membantu golongan memerlukan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melancarkan Almari Pakaian @UTHM Prihatin bertempat di Galeri Wakaf, Masjid Sultan Ibrahim, kampus induk baru-baru ini.

Almari Pakaian @UTHM Prihatin merupakan program inisiatif Pusat Islam, UTHM yang bertujuan membolehkan pelajar, staf mahupun orang awam yang memerlukan untuk mengambil pakaian secara percuma.

Pengarah Pusat Islam, Shafry Salim berkata, seluruh warga UTHM dipelawa untuk menyumbang pakaian terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk tujuan kebajikan.

“Pihak kami menyediakan ruang yang dinamakan Galeri Wakaf untuk penyumbang meletakkan pakaian sumbangan mereka dalam keadaan tersusun agar memudahkan sesiapa sahaja yang memerlukan mengambilnya.

“Sekitar minggu ini, sumbangan pakaian terpakai mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga UTHM dan pihak kami berharap amalan sedekah jariah ini akan berlanjutan bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis yang sama, Naib Canselor, Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim turut melancarkan Kempen Jom Susun Kasut di Masjid dan Sumbangan Dana Prasarana Masjid Sultan Ibrahim, UTHM, selain turut menyumbang pakaian beliau sebagai tanda sokongan dan prihatin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast