dua lelaki ditahan jadikan kondominium mewah dan tawar taruhan judi bola Euro di ibu negara ditumpaskan pada Sabtu oleh D7 Bkt Aman.Ihsan D7JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR -Dia lelaki tempatan yang bertindak sebagai penganjur judi bola sepak Piala Euro 2024 ditahan di ibu negara semalam.

Kedua-dua lelaki tempatan yang menjadikan dua unit kondominium mewah di Jalan Genting Klang dan Taman Wahyu, dekat sini untuk menjalankan kegiatan itu dengan bayaran gaji sehingga RM5,000 seorang.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman membuat serbuan itu sekitar jam 9 malam.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima gaji sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dan kegiatan itu mengaut keuntungan sehingga RM12,000 seharian.

Menurutnya, polis percaya kegiatan judi Euro ini beroperasi selama 24 jam dan mempunyai syif.

“Siasatan telah dipergiatkan untuk menjejaki rangkaian suspek yang memainkan peranan utama di sebalik pertaruhan judi bola ini.

“Kedua-dua suspek yang ditahan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan IPD Sentul untuk siasatan dan tindakan lanjut di Bawah undang-undang yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast