Saturday, December 14, 2024
Home Seni Hidup Isteri Harith fail permohonan cerai

Isteri Harith fail permohonan cerai

Harith dan isteri menjadi pasangan selebriti terbaharu yang dilaporkan bakal bercerai.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan  telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini Jun lalu.

“Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu,” kata Dr Jezamine.

Dia bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.

“No comment for now. After our court hearing baru comment (Tiada komen buat masa ini. Mungkin selepas perbicaraan saya akan ceritakan),” katanya ringkas memetik laporan Astro Awani.

Difahamkan, kes perceraian Dr Jezamine dan Harith Iskander bakal disebut di mahkamah, bulan ini.

Dr Jezamine sebelum ini juga dilapor memuat naik gambar bersama peguam Datuk Akberdien Abdul Kadir yang sering mewakili artis dalam kes-kes perceraian.

Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu daripada Harith Iskander, 58, tidak berjaya apabila dia memilih untuk mengunci mulut.

Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast