Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 2 Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 09 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 telah menerima 48,903 panggilan sejak penubuhannya pada Oktober 2022 hingga Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu dianggap tinggi dan kerajaan memandang serius isu yang berlaku dalam masyarakat ketika ini.

“Berdasarkan statistik, majoriti individu yang membunuh diri terdiri daripada kaum Cina dan diikuti kaum India serta Melayu.

“Orang Melayu jarang membunuh diri melainkan tekanan yang terlalu berat dan ini disebabkan terutamanya oleh masalah berhutang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara di Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, mesyuarat tersebut telah bersetuju agar pelbagai usaha kolaboraasi untuk mengatasi isu bunuh diri di negara ini.

Jelas beliau, tindakan proaktif perlu diambil bukan sahaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan polis tetapi juga agensi lain yang boleh memberi kaunseling kepada individu.

“Mesyuarat membincangkan sebanyak masing-masing dua Kertas Pertimbangan dan dua Kertas Makluman telah dibincangkan meningkatkan tindakan advokasi dalam pencegahan tingkah laku bunuh diri.

“Ia melibatkan Kertas Pertimbangan 1: Peranan Agensi Secara Bersepadu dalam
Menangani Situasi Terkini Tingkah Laku Bunuh Diri di Malaysia dan  Kertas Pertimbangan 2: Pelaksanaan Silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast