Tiga kenderaan terbakar dalam kejadian di Kompleks Parkir Bertingkat, Stesen LRT Gombak, Taman Melati. Foto Ihsan JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Tiga buah kereta terbakar dalam insiden di Kompleks Parkir Bertingkat, Stesen LRT Gombak, Taman Melati petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 3.47 petang.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, terdapat tiga buah kenderaan terbakar di ruangan parkir tingkat tiga bangunan itu. Semakan mendapati, kebakaran melibatkan kereta jenis Proton Persona, Honda HRV dan Toyota Vios.

“Bagaimanapun, insiden itu tidak melibatkan sebarang mangsa, “ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan, seramai tujuh anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi terbabit.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan kepulan asap tebal keluar dari Kompleks Parkir Bertingkat di Stesen LRT Gombak, Taman Melati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast