Toh Puan Na’imah Abdul Khalid

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendapatkan sementara pasport miliknya untuk ke luar negara.

Menurut Na’imah, beliau perlu London, United Kingdom (UK) sebelum ke menghadiri Pameran Seni Antarabangsa, La Biennale di Venezia, Venice dari 16 hingga 20 Julai ini atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Ilham.

Itu merupakan yayasan yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja filantropi dan amal, termasuk mempromosikan dan pertukaran seni, budaya, dan pendidikan bagi membantu golongan memerlukan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azrul Darus membenarkan permohonan selepas peguam Na’imah, M Puravelan memaklumkan tujuan serta tarikh pemulangan pasport itu pada prosiding sebentar tadi.

Permohonan itu juga tidak mendapat bantahan pendakwaan.

Na’imah juga diperintahkan memulangkan pasport beliau pada 27 Julai ini.

Difahamkan, Na’imah juga ke London untuk berjumpa firma guaman, Gulbenkian Andonian Solicitors.

Sebelum ini, wanita itu pernah cuba mendapatkan pasport miliknya secara kekal di Mahkamah Tinggi pada bulan Mac lepas namun ditolak.

Pada awal tahun ini, Na’imah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini kerana gagal mengisytiharkan 12 harta seperti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Disember 2023.

Antara harta itu ialah Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd serta dua kenderaan mewah Mercedez Benz, kediaman di Pesiaran Bukit Tunku serta tanah dan bangunan berstatus pegangan bebas di Bukit Tunku, Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Semua org boleh pergi ke luar negara termasuk Muhyidin..yg tak boleh cuma DS Najib jaaa

Comments are closed.