Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Johor, Asojan Muniyandy bercakap kepada media selepas bertemu wakil-wakil NGO Johor Indian di Taman Dato Onn, Johor Baru. Foto MUHD NA’IM, 31 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MIC, Datuk M. Asojan menafikan wujudnya unsur tidak telus, berat sebelah dan dakwaan salah laku pada pemilihan pusat parti itu terutamanya melibatkan jawatan Naib Presiden bagi penggal 2024- 2027, minggu lepas.

Malah kata Asojan, perjalanan pemilihan parti kali telah berjalan dengan lancar dan adil.

“Sudah menjadi adat pertandingan akan ada menang dan kalah. Itu perkara normal.

“Dakwaan wujudnya ada pihak menang kerana sokongan Presiden sehingga calon lain kalah itu tidak benar. Untuk pengetahuan anda, tidak ada langsung istilah ‘kingmaker’ dalam pertandingan jawatan Naib Presiden khasnya.

“Kami semua (empat calon) bertanding dan masing-masing menang undian lebih 8,000. Perbezaan kecil sahaja. Tidak ada pun seorang dapat undian tinggi luar biasa lebih 8,000 manakala yang seorang lagi dapat kurang dari 3,000,” katanya hari ini.

Menurut Asojan, kini semua pihak perlu sama-sama fokus untuk terus memperkasakan MIC dan tidak lagi menuding jari sesama sendiri.

“Agenda kita adalah mara ke hadapan, kita semua perlu bekerja bersama-sama. Pengalaman masing-masing dalam memimpin parti ini perlu digunakan untuk kebaikan parti berjuang isu masyarakat dan rakyat khasnya komuniti India di negara,” ujarnya.

Pada pemilihan kali ini, selain Asojan, Datuk T. Murugiah dan Ahli Dewan Negara, Datuk R Nelson menang jawatan Naib Presiden bagi penggal 2024-2027. -MalaysiaGazette

Mohan tidak kecewa kalah, tetap setia dengan MIC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast