Kredit FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat Dr Omar Suleiman di kediamannya.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.

“Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya.

Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast