ANKARA – Argentina memenangi Copa America 2024 dengan menewaskan Colombia 1-0 menerusi gol pada masa tambahan dalam aksi final di Stadium Hard Rock di Miami pada Isnin.

Selepas terikat tanpa jaringan setelah tamat masa sebenar permainan, Lautaro Martinez meledak jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-112, lapor Agensi Anadolu.

Bagaimanapun, perlawanan itu bermula lewat lebih daripada satu jam kerana masalah keselamatan yang disebabkan oleh peminat tanpa tiket cuba memasuki stadium.

Pada perlawanan akhir kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) di Amerika Syarikat (AS), Argentina yang hanya ditewaskan dua kali dalam 61 perlawanan terakhir menamatkan rekod 28 perlawanan tanpa kalah Colombia.

Dengan kemenangan itu, Argentina meraih kejuaraan ke-16 dalam kejohanan itu, menjadikan mereka pasukan dengan kemenangan terbanyak dalam sejarah pertandingan.

Argentina sebelum ini memenangi piala berkenaan pada tahun 1921, 1925, 1927, 1929, 1937, 1941, 1945, 1946, 1947, 1955, 1957, 1959, 1991, 1993 dan 2021. – BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast