KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan siasatan berhubung aduan diterima mengenai komen jelik melibatkan elemen 3R (royalty, race, religion) yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok.
Dalam operasi dijalankan oleh MCMC di Sungai Petani, Kedah pada Khamis, 11 Julai lalu, seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang merupakan penjawat awam telah disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
SKMM telah menemukan akaun TikTok yang disiasat pada telefon pintar suspek dan semua barangan kes yang berkaitan dirampas dan disita untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, SKMM menyerahkan Notis Kehadiran pada hari yang sama kepada suspek mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 ataupenjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Orang ramai diingatkan untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran dan komunikasiyang bertentangan dengan undang-undang di negara ini, khususnya kandunganmelibatkan 3R yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.
Sementara itu, penjawat awam juga diingatkan untuk tidak menggunakan media sosial bagi tujuan menyebarkan mesej yang melanggar undang-undang negara seperti yang terkandung dalam peringatan berkaitan arahan larangan membuat pernyataan awam oleh pegawai awam. – MalaysiaGazette