Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kastam (Pindaan) 2024 dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU itu bertujuan mempromosi Pulau 1 Forest City di Johor Bahru, Johor bagi meningkatkan perkembangan ekonomi dalam kawasan terbabit menerusi pindaan Akta Kastam 1967 dengan memasukkan peruntukan cukai khas berkenaan dengan kawasan berkenaan ke dalam Akta 235.

RUU itu juga bertujuan memperuntukkan bahawa Pulau 1 tidak lagi menjadi sebahagian daripada kawasan utama kastam sama seperti Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast