Kredit: Bowling Malaysia

KUALA LUMPUR – Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon, Korea Selatan, hari ini.

Menurut laman https://www.abf-online.org, pasukan wanita Malaysia mempamerkan aksi cemerlang apabila menumpaskan Singapura 2-0, masing-masing dengan 221 dan 236 mata pada perlawanan pertama dan kedua manakala pasukan lawan meraih 211 dan 190 mata.

Skuad itu dibarisi Nur Hazirah Ramli yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini selain Adania Mohd Redzwan Anis Hannani Romzi dan Adelia Nur Irwan Syazalee.

Pingat emas tersebut merupakan satu-satunya pingat diraih kem negara sepanjang 12 hari kempen Kejohanan Remaja Dunia IBF yang berlangsung sejak 7 Julai lepas.

Mereka sebelum itu melangkah ke final selepas menewaskan pasukan Colombia 2-1 pada aksi separuh akhir. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast