Serangan pejuang Houthi di Tel Aviv awal pagi Jumaat Foto AFP

ANKARA- Sekurang-kurangnya seorang maut manakala lapan lagi cedera dalam serangan dron milik pejuang Houthi, awal pagi Jumaat.

Agensi Anadolu yang memetik media Israel melaporkan, dron yang dipasang bom itu meletup di persimpangan Shalom Aleichem dan Jalan Ben Yehuda di Tel Aviv, yang terletak beberapa meter sahaja dari Kedutaan Amerika.

“Serangan itu tidak mengaktifkan siren dan insiden berkenaan masih dalam siasatan,” kata jurucakap tentera Israel.

Media Israel Channel 13 melaporkan, laporan awal siasatan menunjukkan dron berkenaan berjaya dikesan namun tidak dapat dipintas disebabkan “kesilapan manusia”.

Namun laporan terbabit tidak menyediakan butiran lanjut berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, pejuang Houthi dari Yaman mengesahkan serangan dron terhadap Israel.

Menurut jurucakap kumpulan itu Yahya Saree, serangan tersebut dilakukan pasukan ketenteraan udara mereka dengan mensasarkan kawasan penting di Tel Aviv.

Houthi turut mengisytiharkan Tel Aviv sebagai kawasan tidak selamat dan memberi amaran akan menjadi sasaran serangan kumpulan itu.-Anadolu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast