Sofyan Amrabat. Foto laman web Manchester United.

LONDON – Manchester United dilaporkan akan melakukan rundingan semula dengan Fiorentina untuk perpindahan pemain tengah Maghribi, Sofyan Amrabat bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

Sky Sports melaporkan, ini kerana klausa pembelian yang telah ditetapkan oleh Fiorentina semasa perjanjian pinjamn pemain itu bernilai 20 juta Euro serta bonus yang bernilai lima juta Euro.

United menganggap harga tersebut terlalu mahal dan disebabkan itu mereka cuba untuk merundingkan semula dengan Fiorentina untuk perpindahan pemain itu.

“United dilaporkan menyasarkan untuk mendapatkan khidmat Amrabat pada separuh harga.

“Mereka berharap dapat mengunci perpindahan pemain tengah itu dalam lingkungan €10-15 juta Euro pada musim panas ini.

“Mereka berpendapat harganya sesuai dengan keadaan pemain tengah itu,” kata laporan itu.

Kontrak Amrabat di Fiorentina akan tamat tahun depan United menganggap harga lebih rendah dianggap berpatutan.

Musim lalu, United menandatangani Amrabat secara pinjaman menyertai United dari Fiorentina pada harga 10 juta euro (RM50.37 juta).

Amrabat merupakan pemain bintang yang membawa Maghribi ke separuh akhir Piala Dunia 2022. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast