Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi bergelar profesor kerana disyaki menyeleweng dana syarikat berjumlah RM270,000.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi bergelar profesor kerana disyaki menyeleweng dana syarikat berjumlah RM270,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 60-an itu ditahan sekitar pukul 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Susulan penahanan terbabit, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai  oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan wang berjumlah kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan membeli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.

“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat pelantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima lima peratus daripada keuntungan tahunan syarikat,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat  mengikut  Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast