Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman seorang pemandu lori dan seorang anggota agensi penguat kuasa kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM10,000 bagi menyelesaikan satu kes kecurian di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan reman seorang pemandu lori dan seorang anggota agensi penguat kuasa kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM10,000 bagi menyelesaikan satu kes kecurian.

Perintah reman selama dua hari sehingga 27 Julai ini dikeluarkan terhadap anggota agensi penguat kuasa berkenaan manakala perintah reman selama empat hari sehingga 29 Julai ini terhadap pemandu lori telah dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Azlan Basri setelah permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30-an telah ditahan kira-kira jam 10 malam hingga 12 tengah malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek telah bersubahat meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM10,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk menyelesaikan satu kes kecurian membabitkan tunangnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Haji Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast