Aktor Korea Selatan, Yoo Ah-in.

SEOUL- Seorang lelaki berusia 30 tahun memfailkan laporan yang mendakwa aktor Korea Selatan, Yoo Ah-in telah melakukan serangan seksual.

Polis Seoul berkata, laporan telah dibuat 26 Julai lalu.

Katanya, pasukan penyiasat berpendapat, terdapat kemungkinan Ah-in berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku.

Menurut pegawai di Balai Polis Yongsan, Seoul, mereka akan memanggil aktor itu untuk soal siasat tidak lama lagi.

Bagaimanapun, peguam mewakili Ah-in dalam kenyataannya menafikan dakwaan tersebut dan menggesa orang ramai untuk tidak mempercayai “spekulasi tidak berasas” itu.

Menurut pengadu, dia diserang secara seksual oleh Ah-in ketika tidur di sebuah unit di bangunan komersial-residensi di Yongsan, 14 Julai lalu.
Unit berkenaan bukan dimiliki oleh Ah-in atau pengadu.
Selain itu katanya, terdapat individu lain berada di unit berkenaan ketika kejadian.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast