Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Berang isteri minta bercerai, seorang lelaki nekad menikam pasangannya serta anak lelaki menggunakan  pisau dalam kejadian di Jalan Besar Ampang dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Kejadian berlaku sekitar 7.10 malam selepas orang awam memaklumkan menerusi panggilan kecemasan terdapat individu ditikam.

“Hasil siasatan mendapati, punca pergaduhan disebabkan suspek tidak mahu bercerai dengan mangsa. Akibat daripada kejadian itu, kedua-dua mangsa (ibu dan anaknya) mengalami luka (deep laceration wound).

“Susulan itu, suspek berusia 33 tahun ditahan sekitar 12.15 tengah malam pada 28 Julai lalu di Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Azam, polis turut merampas dua bilah pisau dan hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif dadah.

Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 326A Kanun Keseksaan pada hari ini.

“Disebabkan wang jaminan tidak dibayar, suspek dihantar ke Penjara Satelit Kuala Langat sementara menunggu tarikh perbicaraan,” jelas Mohd Azam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast