Polis telah merampas serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat sebanyak 2,583 gram. - Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih yang menjadi tokan bersama dadah bernilai RM142,5000 ditahan polis menerusi serbuan di Kajang awal pagi tadi

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua suspek merupakan wanita warga asing serta lelaki tempatan berusia 41 dan 32 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 4 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, polis telah merampas serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat sebanyak 2,583 gram.

“Turut dirampas serbuk berwarna hijau, ungu serta kelabu disyaki dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 640 gram.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, semakan lanjut, mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit dengan kes dadah.

Susulan itu, Naazron memaklumkan kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah dadah di daerah ini boleh menghubungi Polis Daerah Kajang di talian 03-89114242 sambungan 8733,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast