Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendedahkan identiti seorang lagi suspek yang terlibat dalam kejadian samun ke atas sebuah rumah didiami warga asing Myanmar di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengenal pasti wajah termasuk kad pengenalan suspek untuk dihebahkan dalam masa terdekat.

“Kita masih mencari seorang lagi dan identiti suspek termasuk alamatnya sudah dikenal pasti.

“Kita tunggu sama ada dia akan serah diri atau tidak, sebab suspek masih berada di dalam negara.

“Rampasan berkaitan barang kes juga ada dibuat namun belum dapat didedahkan (kepada umum) dan akan buat cadangan untuk turuh dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis (IPD petaling Jaya) di Pondok Polis Ara Damansara, di sini, hari ini

Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan seramai tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan berhubung kes rompakan di sebuah rumah di Kampung Pasir Semenyih.

Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun di Kem Batalion 19 PGA Cheras, pada 1 Ogos lalu.

Kemudian seorang lagi lelaki berusia 24 tahun, yang juga anggota PGA batalion sama, bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, pada hari sama.

Pada 2 Ogos lalu, seorang suspek iaitu orang awam menyerah diri di IPK Kajang pada jam 1.40 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast