Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan setelah membuat pengakuan salah atas tuduhan barangan laangan import hari ini.

KUANTAN – ”Tiada sapa mahu ikat jamin saya.”

Itu kata tertuduh seorang warga asing di kandang kamar Mahkamah Majistret 2 di Kompeks Mahkamah Kuantan di sini hari ini.

Lelaki Bangladesh itu pasrah apabila tiada siapa daripada kenalan di negara ini yang mahu mencagarkan wang jaminan setelah dituduh memilik barangan larangan import.

Tertuduh, Md Alim Hossain Bappi, 42, mengaku bersalah setelah jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara Bahasa Melayu di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Dalam kertas pertuduhan, Md Alim memiliki 800 batang pokok jenama Millionaire Filter Kings dan 980 rokok jenama Zon King International yang dianggarkan bernilai RM1,424 milikan barang-barang larangan import.

Larangan barangan itu seperti ditetapkan dalam Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 (P.U.(A) 117) telah dilakukakan pada 25 Julai 2024 lebih kurang jam 11.30 pagi di Asrama Pekerja, Kawasan Industri Malaysia – China Kuantan (MCKIP), Jalan Gebeng Bypass dekat Kuantan.

Dia berkemeja biru dan berseluar putih memahami pertuduhan dan telah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi sehingga tidak lebih daripada dua puluh 20 kali ganda nilai barang  atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima  tahun atau kedua-duanya sekali.

Sesi pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Kastam, Nurhafizah Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam itu memohon agar tertuduh tidak ditawarkan jaminan kerana risiko tertuduh akan melarikan diri.

Bagaimanapun sekiranya mahkamah mempunyai pertimbangan untuk membenarkan jaminan, pihak pendakwaan memohon beberapa syarat tambahan.

”Namun jika mahkamah memikirkan jaminan perlu, pendakwaan menawarkan cagaran wang jaminan RM10,000 beserta dua penjamin berwarganegara Malaysia.

”Keduanya tertuduh perlu melaporkan diri pada Isnin minggu pertama setiap bulan di Pejabat Kastam di Jalan Bank,” katanya.

Md Alim dalam rayuan berkata, beliau berpendapatan sekitar RM2,500 sebagai pekerja syarikat pembersihan merupakan penanggung keluarga tunggal masih menanggung ibu di kampung termasuk seorang isteri dan anak masih kecil.

”Saya seorang kerja, duduk Malaysia sudah 15 tahun tapi selalu pergi balik pergi balik Bangaladesh rehat lama kampung, jadi dalam 10 tahun duduk Malaysia.

”Saya ada emak, bini, anak kecil di Bangladesh, bapa sudah meninggal dunia 23 tahun lalu, tiada siapa mahu tolong jamin hari ini,” katanya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 5 September hadapan dan lantikan jurubahasa mahkamah berbahasa Bangladesh selain menunggu laporan kimia dan klasifikasi makmal.

Susulan tiada wang jaminan terhadap tertuduh, pihak kastam memohon waran tangkapan untuk menempatkan tertuduh di penjara sehingga tarikh sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast