Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang

PENAMPANG – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan, dekat sini, pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan memaklumkan kedua-duanya ialah Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, dan Nicholas Chee Ping, 13.

“IPD Penampang menerima laporan berkaitan kehilangan dua remaja itu pada 10.18 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast