Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu, termasuk seorang ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO), kerana disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat senaraian awam.

Menurut sumber SPRM, semua suspek itu ditahan sekitar jam 7 hingga 9 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek juga dipercayai terbabit dalam penubuhan sebuah syarikat tidak diluluskan Ahli Lembaga Pengarah, bagi tujuan menjalankan projek kerjasama bernilai kira-kira RM258 juta.

“Selain itu, mereka turut disyaki terbabit penyelewengan dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat berkenaan yang bernilai kira-kira RM3 juta,” katanya.

Perintah reman selama empat hari hingga 12 Ogos ini dikeluarkan terhadap dua suspek lelaki dan seorang wanita berumur antara 40 hingga 50-an, oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi semalam.

Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast