AMPANG – Seorang pelajar tingkatan lima yang didakwa melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan dari sekolahnya, ditahan polis, 9 Ogos lalu di kawasan Hulu Klang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek didakwa melakuan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Jalan AU3, Tamat Keramat di sini, 25 Julai lalu.
Katanya polis menerima laporan daripada mangsa yang merupakan pelajar tingkatan 4, pada 11.30 pagi, 30 Julai lalu.
“Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, pengadu telah dibawa oleh suspek ke rumahnya.
“Semasa mangsa berada di dalam rumah suspek, remaja tersebut telah masukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa sambil memegang payudara gadis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari.
Jelasnya, ibu bapa suspek tidak berada di rumah semasa kejadian.
Tambah beliau, mangsa yang trauma dengan insiden menimpa dirinya itu kemudian segera memaklumkan kejadian tersebut kepada guru disiplin di sekolah sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pagi tadi dan dibenarkan direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 15 Ogos depan untuk membantu siasatan.
Kertas siasatan dibuka dan siasatan sedang dikendalikan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak
Jika disabitkan kesalahannya boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.-MalaysiaGazette