Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita berusia 48 tahun ditemui terapung di kawasan lombong perigi tujuh, Serendah dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung penemuaan mayat itu daripada orang awam sekitar 10.50 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berbangsa Cina itu dijumpai dalam keadaan terlangkup dengan berbaju T-shirt dan berseluar jeans.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa, tiada kesan kecederaan luaran, pergelutan dan lain-lain kecederaan ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, mayat wanita itu telah dihantar ke forensik Hospital Kuala Kubu Bharu pukul  2.45 petang tadi bagi proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

Buat masa ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan pihak polis dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Hazwan Ismail di talian 03-6065 10221 / 013-2908205 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast